Thursday, June 7, 2018

CINTA dalam diam ^^

Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.
Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.

# Sungguh indah..Husnu Zan #

“Alangkah indahnya…
Andai kita saling berbaik sangka
Andai kita saling menjaga
Adab dan akhlak diri kita
Bukan saling berburuk sangka
Sehingga menimbulkan fitnah dan nista…”
Post entry pilihankali ini berkisarkan kepada pandangan kita dan pandangan manusia. Kenapa? Kerana kebiasaanya apa yang kita lihat itulah yang akan kita nilai...

Bukan semudah kata untuk berbaik sangka
Husnu Zan’ atau bersangka baik hakikatnya sukar.  Sememangnya payah bagi sesetengah orang untuk berhusnu zan nie. 

Mungkin ada dari kita yang lebih suka berfikiran negatif dahulu daripada positif. Kenapa ya??

Benar... Bukan semudah kata untuk berbaik sangka. Saya akui diri saya juga kadang-kadang mudah bersangka-sangka, dan cepat pula membuat kesimpulan atas sangkaan itu.

Sesungguhnya artikel ini bukan ditulis untuk ditujukan kepada sesiapa,, sekadar perkongsian ilmu dan muhasabah diri tetapi lebih memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan kalian jua…
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles. All Right Reserved To Me.